5 Tips Untuk Mulakan Bisnes Online Skip to main content

Setiap kali melayari media sosial pasti akan terlihat posting rakan atau kenalan yang mempromosikan bisnes online mereka. 

Lebih-lebih lagi sejak musim PKP ini, ramai yang mengambil kesempatan memulakan perniagaan kecil untuk menjana pendapatan sampingan. 

Pasti ramai diantara kita yang juga ingin memulakan perniagaan sendiri tetapi dihalang oleh satu soalan penting. 

“Bagaimana hendak mulakan?”

Dalam artikel ini kami akan kongsikan 5 Tips untuk mulakan bisnes online. Teruskan membaca dan semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.  

bisnes online

Jual Produk Yang Sudah Berada Dalam Pasaran 

Tak semestinya hendak menjadi usahawan berjaya anda perlu menjadi founder dan mempunyai produk sendiri. 

Anda boleh buat kajian mengenai pasaran anda dan mengenal pasti produk yang mempunyai potensi pembeli. 

Dengan memilih produk yang sedia ada, anda dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama menarik pengikut daripada jenama tersebut. 

Tambahan pula, mempunyai jenama yang kukuh juga membantu dalam mendapatkan kepercayaan pembeli terhadap produk anda. 

Jangan Obses Dengan Keuntungan 

Lumrah meniaga pasti mahu untung tetapi berhati-hatilah dalam membuat keputusan. 

Jangan terlalu mengejar keuntungan lalu membuat keputusan yang akan dikesali pada kemudian hari. 

Ramai peniaga membuat kesilapan dalam membeli stok yang banyak tanpa persiapan yang secukupnya dek kerana mahukan untung besar. 

Mulakan Dengan Modal Yang Rendah

Mulakan perniagaan online anda dengan langkah kecil. 

Pada peringkat ini, tangguhkan sebarang pinjaman peribadi atau berhutang demi perniagaan anda. 

Sebaliknya pelajari dan gunakan kemudahan percuma seperti Facebook Page dan Blog untuk membangunkan perniagaan anda. 

Ini merupakan salah satu cara mudah untuk mendapatkan jangkauan tanpa mengeluarkan modal yang besar. 

Kurangkan Risiko

Rendahkan risiko kerugian anda sebanyak yang boleh.

Kenal pasti dan rancang kuantiti pembelian stok anda mengikut potensi penjualan. 

Amalkan tips ini untuk elakkan kerugian stok tidak terjual, terutamanya bagi produk yang mudah rosak atau basi seperti makanan. 

Jangan berhenti belajar! 

Kemunculan bisnes online kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Bekalkan diri anda dengan ilmu pemasaran yang luas untuk pastikan perniagaan anda menonjol dari yang lain. 

Ikuti mentor pemasaran untuk petua berguna atau selidik tren pemasaran yang digunakan oleh sayarikat besar. Kemudian, aplikasikan pengetahuan itu pada perniagaaan anda.

Langkah ini mungkin dapat membantu tingkatkan prestasi jualan anda. 

Bisnes Online Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

bisnes online

Tidak kira surirumah, pelajar atau orang yang bekerja, pada zaman sekarang sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes online. 

Tak usah risau jika anda tiada mempunyai pengalaman dalam perniagaan mahupun pemasaran.

Berikut adalah beberapa bisnes online yang sesuai buat perniagaan baru.

1. Dropship

Dropship merupakan konsep di mana anda sebagai pemilik sebuah perniagaan kecil yang menjual produk atau jenama luar. 

Sebagai dropship anda tidak perlu menyimpan stok atau mengendalikan penghantaran kepada pelanggan. 

Buat penjual dropship, anda hanya fokus pada mempromosikan sesuatu produk. 

Kini Wildan Susu Kambing menawarkan Pakej Dropship, Pakej Borong dan Pakej Ejen bagi mereka yang berminat untuk menjana bersama Wildan. 

Pakej-pakej ini sangat sesuai sebagai langkah pertama untuk memulakan pendapat bisnes online kerana penjual dapat memilih pakej mengikut bajet masing-masing. 

2. Affiliate

Sebagai affiliate pula, anda akan menerima pautan untuk dikongsikan di mana-mana tempat yang mempunyai potensi pembeli. 

Contohnya, group Whatsapp, Facebook Page, Instagram atau mana-mana media sosial yang sesuai. 

Komisyen akan diberikan apabila ada yang membeli daripada pautan anda.

3. Blogging

Blogging juga merupakan usaha yang bagus untuk perniagaan baru kerana lebih mudah untuk menarik pembeli dan pengikut. 

Kongsikan foto, video dan pautan yang bermanfaat untuk mempromosikan produk anda. 

Malah, blogging juga tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh lakukan secara percuma atau dengan membuat laman web sendiri dengan hosting sendiri. 

4. Youtube

Youtube adalah saluran yang sangat popular pada masa kini untuk menjana pendapatan atas talian. 

Tarik minat penonton untuk membeli produk anda dengan video yang menarik, penuh info dan kreatif. 

Anda juga boleh memberikan ulasan jujur dan kongsikan kebaikan produk yang sedang anda jual kepada penonton dan bakal pembeli. 

5. Maklumat Produk

Perniagaan online lebih mudah kerana tidak memerlukan produk secara fizikal. 

Anda boleh dapatkan maklumat melalui atas talian dan boleh kongsikan bersama pengikut dengan hanya beberapa klik.

Mudah, cepat dan senang! 

Setelah membaca artikel ini pasti anda sudah mempunyai idea yang lebih jelas tentang perniagaan atas talian. 

Sekiranya anda ingin memulakan bisnes online, Wildan Niaga Sdn Bhd kini menawarkan pelbagai pakej untuk bantu para peniaga mendapatkan produk jualan. 

Wildan Niaga Sdn Bhd adalah syarikat usahawan muslim yang mengeluarkan susu kambing jenama Wildan. 

Berpusat di Malaysia, Wildan menekankan kesedaran tentang kebaikan menerapkan susu kambing dalam kehidupan seharian. 

Sehingga hari ini, Wildan telah menjadi pilihan buat lebih dari seratus ribu orang dan akan terus pengembangan lagi pasarannya ke semua lapisan masyarakat. 

Untuk ketahui lebih lanjut produk Wildan dan pakej-pakej yang ditawarankan, layari https://www.wildanniaga.com/ atau hubungi mereka di +6011-10408256.

Jom Dropship Bersama Wildan!

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply