was successfully added to your cart.

Assalamualaikum para pembaca Kak Jee sekalian. Hari ni Kak Jee nak kongsi tips berpantang sendiri di rumah. Ada sesetengah ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah kerana ketiadaan ibu atau ibu mertua, atau mereka sendiri yang lebih selesa untuk berpantang sendiri selepas bersalin.

Nak berpantang sendiri ini sebenarnya perlu ada stamina dan semangat yang kuat. Ibu-ibu tak boleh berpantang ala kadar sahaja, sebab Kak Jee percaya yang ia akan memberi kesan pada tubuh badan bila sudah berumur nanti. Jadi Kak Jee nak kongsi tips berpantang sendiri selepas bersalin:

  1. Setkan minda positif

Sebelum bersalin lagi, ibu-ibu perlu tanamkan fikiran positif dalam minda, perlu yakin ibu-ibu mampu untuk berpantang sendiri di rumah. Elakkan daripada terpengaruh dengan kata-kata negatif daripada orang sekeliling.

 

2. Bangun awal pagi

Ibu-ibu perlu pastikan bangun mandi sewaktu subuh supaya boleh uruskan diri sebelum bayi bangun minta disusukan. Jika ada anak-anak bersekolah, ketika inilah boleh digunakan untuk siapkan anak-anak. Tapi Kak Jee nak ingatkan, kalau tak larat, janganpaksa diri. Minta tolong suami untuk uruskan anak-anak. Jangan lupa untuk ambil masa untuk bersarapan juga.

 

3. Masak menu ringkas

Kak Jee nak ibu-ibu untuk minta pertolongan suami untuk membantu sedikit ketika ibu-ibu memasak. Ini akan membantu dan memudahkan lagi ibu-ibu nanti. Tetapi, kalau suami tidak berkesempatan untuk membantu, masak sahaja menu-menu ringkas, bimbang akan meletihkan badan ibu-ibu pula.

 

4. Sediakan bahan keperluan pantang awal sehari

Biasanya ibu berpantang tidak digalakkan untuk terlalu banyak bergerak. Jadi Kak Jee cadangkan ibu-ibu untuk pastikan bahan keperluan berpantang sudah tersedia pada awal pagi. Contohnya bekung dan tungku. Jadi ibu tak perlu lagi susah-susah nak cari barang-barang ini bila hendak guna.

 

5. Cari pembantu rumah part-time

Pening kepala tengok rumah tak bersapu, kain tak bersidai? Suami pun tolong mana yang sempat je? Ibu-ibu pun tak boleh nak paksa badan sangat, takut bentan pula nanti. Apa lagi, inilah masanya untuk mengupah part time maid yang mudah didapati sekarang.

 

Oleh itu, Kak Jee harap para pembaca semua dapat enjoy masa berpantang nanti. Ambil masa berpantang untuk bonding dengan bayi. Kesilapan yang biasa ibu-ibu berpantang buat adalah tiada perancangan teliti. Seeloknya Kak Jee sarankan ibu-ibu buat jadual supaya dapat menggunakan masa dengan lebih teratur supaya ada masa terluang untuk bayi yang baru lahir.

 

WILDAN MAMA PREMIUM susu terbaik untuk ibu yang sedang berpantang. Dengan kebaikan susu kambing, ia bertindak sebagai penambah tenaga ketika berpantang. Dengan khasiat kurma, habbatussauda dan susu kambing, WILDAN MAMA PREMIUM sebagai TRIPLE MILK BOOSTER untuk menambah susu badan ibu. Didatangkan dalam bentuk sachet, ibu-ibu hanya perlu tuang air suam sahaja.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply