was successfully added to your cart.

Salam sejahtera para pembaca semua. Dah tak lama sangat dah ni nak masuk bulan puasa kan? Kak Jee pun jadi excited bila bayangkan kemeriahan bulan Ramadhan. Dengan banyak juadah dijual di Bazar Ramadhan, berpusu-pusu orang bertarawih di masjid, dan semua orang berlumba –lumba tambah amal ibadah.

Tapi ada yang tanya Kak Jee, apa caranya supaya ibu hamil kekal bertenaga ketika berpuasa. Ibu hamil pun tidak ketinggalan nak tambah ibadah ketika berpuasa. kerana wanita hamil diberi kelonggaran jika tak mampu berpuasa.

Baik jadi Kak Jee nak kongsi sedikit tips ringkas yang boleh ibu-ibu hamil amalkan ketika berpuasa

 

  1. Jangan sesekali tinggal sahur

Fungsi sahur adalah untuk mengekalkan tahap tenaga ibu hamil pada waktu siang. Ditambah pula ibu-ibu yang sememangnya sibuk di pagi hari, jadi sahur sangat perlu untuk tenaga optimum supaya tidak lesu di petang hari. Bersahurlah dengan makanan tinggi kandungan serat seperti buahan dan sayuran agar kenyang lebih lama.

 

  1. Berbuka dengan makanan yang ringan dahulu

 Ibu hamil digalakkan berbuka dengan makanan yang tidak terlalu berat seperti kurma atau susu. Hal ini penting untuk menstabilkan semula gula dalam darah. Selepas itu, barulah ibu-ibu boleh makan makanan berat seperti nasi.

 

  1. Gantikan air manis dengan jus buah homemade

Betul tak kalau Kak Jee cakap, kebanyakan orang kita mesti nak berbuka dengan air manis yang sejuk? Tidak ketinggalan begitu juga dengan ibu hamil. Namun begitu, untuk ibu hamil, kak Jee sarankan untuk buat sendiri jus buah di rumah. Kita bimbang jika ibu tidak mengawal pengambilan minuman manis, ibu akan mendapat kencing manis ketika mengandung.

 

4. Jangan tinggal ubat doktor

Kebiasaanya ibu-ibu hamil perlu makan sebiji pil folik asid sehari kan? Jadi jangan lupa untuk ambil pada waktu yang sama setiap hari, contohnya setiap kali selepas berbuka. Kak Jee harap ibu-ibu hamil tidak terlupa untuk mengambil ubat dalam kesibukan berbuka.

5. Minum air putih sebanyak mungkin

Pastikan ibu-ibu hamil semua minum air secukupnya ketika waktu selepas berbuka dan sebelum tamat waktu sahur. Memandangkan perut ibu hamil ini besar, jadi Kak Jee cadangkan minum air sikit-sikit tetapi kerap. Ini bagi mengelakkan rasa penat akibat kekurangan air.

 

Tapi Kak Jee nak ingatkan, jangan terlalu memaksa diri ketika berpuasa. Kalau rasa seperti nak demam, menggigil dan sebagainya, cepat-cepat berbuka puasa. Kita tidak mahu apa-apa yang mudarat terjadi pada ibu dan kandungan.

Ibu-ibu hamil yang ingin bertenaga sepanjang berpuasa, boleh ambil WILDAN MAMA PREMIUM, susu eksklusif untuk ibu hamil. Dengan kebaikan susu kambing, habbatussauda, dan kurma, WILDAN MAMA PREMIUM sebagai ENERGY BOOSTER pada ibu hamil. Sesuai untuk ibu hamil kerana didatangkan tanpa gula tambahan.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply