was successfully added to your cart.

Habbatussauda atau lebih dikenali sebagai black seed, semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia atas sebab seribu satu kebaikan yang terkandung di dalamnya. Ada juga yang menggelarkan habbatussauda ini sebagai ‘super food’ atas sebab manfaat yang terlalu banyak untuk tubuh badan.

 

Namun begitu, masih terdapat kekeliruan mengenai kebaikan habbatussauda untuk ibu mengandung. Persoalan yang biasa timbul adalah adakah habbatussauda baik untuk ibu mengandung ataupun sebaliknya?

Secara umumnya, Habbatussauda sesuai diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. Antara kebaikan habbatussauda:

  1. Bersifat anti-radang
  2. Meningkatkan memori
  3. Membantu menyelesaikan masalah pencernaan
  4. Bersifat anti-fungal
  5. Menguatkan sistem ketahanan tubuh badan
  6. Membantu mengurangkan simptom asthma
  7. Bersifat anti-diabetik
  8. Merawat eczema dan penyakit kulit yang lain
  9. Meningkatkan kesuburan lelaki
  10. Meningkatkan pengeluaran susu badan

Untuk ibu hamil pula, terdapat peringatan untuk berjaga-jaga kepada ibu yang masih di awal kehamilan. Ini kerana habbatussauda untuk ibu mengandung dikhuatiri akan memberi kesan pengecutan rahim terutamanya ketika kandungan masih dalam trimester pertama.

Sebenarnya kajian mengenai habbatussauda untuk ibu mengandung masih lagi tidak jelas. Kebanyakan ujian klinikal menunjukkan habbatussada sangat baik untuk diambil oleh golongan umum sahaja, tidak khusus pada golongan tertentu.

Selain itu, terdapat juga saranan untuk makan habbatussauda ketika usia kehamilan telah memasuki trimester kedua.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan sekiranya berlaku kekejangan perut selepas makan habbatussauda, ibu-ibu dinasihatkan untuk terus berjumpa doctor.

WILDAN MAMA PREMIUM merupakan susu terbaik untuk ibu mengandung, terkandung kebaikan susu kambing organic, kurma, Arabic gum dan habbatussauda.

WILDAN MAMA PREMIUM tanpa gula tambahan, tinggi dengan sumber serat yang membantu masalah sembelit ketika mengandung juga sebagai ENERGY BOOSTER untuk menambah tenaga ekstra ibu mengandung seharian.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply