was successfully added to your cart.

Salam sejahtera para pembaca yang Kak Jee kasihi sekalian. Semalam Kak Jee ziarah kawan yang baru bersalin. Tengah sedap berborak..

 

“Aduh..rasa berdenyut-denyut pada jahitan bawah ni tak hilang lagi..ni dah masuk 6 hari. Macam mana ye cara nak cepat sembuhkan luka jahitan bersalin?”

 

Kesian pula Kak Jee tengok kawan tu. Tapi, guntingan di bahagian perineum perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi ketika bersalin seperti koyakan dan bayi lemas. Ibu pula perlu menjaga jahitan di bawah bagi mengelakkan jangkitan.

Tips untuk cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin:

  1. Sapu ubat yang doktor beri

Biasanya, ibu akan diberi ubat untuk disapu pada bahagian jahitan. Ubat ini penting untuk mengelakkan jangkitan atau nanah di kawasan jahitan selepas bersalin. Boleh minta suami sapukan atau gunakan cermin.

2. Pastikan kawasan luka sentiasa kering

Selepas saja mandi atau membuang air, ibu-ibu kena lap kawasan jahitan  sehingga kering. Tapi jangan lap kasar pula ya, takut terkoyak nanti. Tekankan sahaja tuala di kawasan tersebut dengan perlahan supaya air dapat diserap..

3. Tukar tuala wanita dengan kerap

 Macam Kak Jee beritahu tadi, elakkan kawasan jahitan itu daripada lembap. Jadi ibu-ibu perlu tukar tuala wanita setiap 2-4 jam bagi mengekalkan kebersihan di kawasan jahitan bersalin tersebut.

 

4. Siram kawasan jahitan dengan air garam suam setiap       kali selepas buang air

Ini bagi mengelakkan berlakunya jangkitan pada jahitan bersalin dan juga akan mempercepatkan luka untuk sembuh. Ada juga ibu yang duduk berendam dalam besen yang mengandungi air garam suam.

 

5. Berhati-hati ketika bergerak

 Apabila hendak bangun atau duduk, kak Jee nasihatkan ibu-ibu supaya perlahan-lahan bergerak. Bimbang jahitan bersalin terbuka pula nanti. Kalau duduk lama menyebabkan ketidak selesaan, boleh letak bantal lembut.

Walaubagaimanapun, ada tanda-tanda waspada yang ibu-ibu perlu beringat ketika dalam proses penyembuhan. Sekiranya ibu-ibu ada mengalami tanda-tanda ini, segera berjumpa doktor apabila:

 

  1. Rasa semakin sakit pada kawasan jahitan
  2. Bengkak di kawasan jahitan
  3. Ada nanah yang berbau di kawasan jahitan
  4. Demam panas
  5. Keluar ketulan darah beku

 

Selain itu, Kak Jee nak sarankan WILDAN MAMA PREMIUM untuk mempercepat proses penyembuhan ibu-ibu. Ini kerana WILDAN MAMA PREMIUM kaya dengan khasiat dan nutrient daripada susu kambing, habbatussauda, gam arab dan kurma. Selain itu, ia juga sebagai ENERGY BOOSTER bagi mengembalikan tenaga yang hilang. Paling best, WILDAN MAMA PREMIUM ini juga ada TRIPLE MILK BOOSTER. Jadi, ibu-ibu tidak perlu risau akan masalah susu badan kering ketika berpantang.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply