was successfully added to your cart.

Tahniah Kak Jee ucapkan pada ibu-ibu yang baharu sahaja disahkan hamil. Mesti dah teruja untuk buat macam-macam kan? Selain itu, bakal ibu dan ayah akan mula merancang untuk beli makanan yang berkhasiat untuk memastikan kandungan mendapat yang terbaik.

Kak Jee pasti, antara makanan yang popular untuk ibu hamil adalah makanan Sunnah. Ini kerana makanan Sunnah ini merupakan makanan kegemaran para anbiya, dan ada di antaranya yang disebut dalam Al-Quran. Mesti tersimpan seribu satu khasiat yang terkandung dalamnya. Sebab itulah makanan Sunnah terbaik untuk ibu hamil. Antara kebaikan makanan Sunnah untuk ibu hamil:

 

  1. Kurma

Mesti ramai dah yang tahu kebaikan kurma untuk ibu hamil, tambah-tambah masa kelahiran nanti. Menurut kajian, selain kaya dengan mineral dan zat, kurma juga terbukti membantu proses bersalin. Ia akan mempercepat pembukaan servik.

 

2. Kismis

Kismis dikenali sebagai makanan minda kerana ia membantu otak kita kebih cekap memproses maklumat. Begitu juga khasiatnya pada bayi yang dikandung. Di mana ia akan menyokong tumbesaran bayi sejak dari dalam kandungan lagi.

 

3. Delima

Delima tinggi dengan kandungan zat besi yang bukan sahaja membantu menstabilkan bacaan darah ibu hamil, malah juga mengelakkan masalah kekejangan dan lenguh badan yang selalu ibu hamil hadapi. Asid folik yang tinggi juga menyokong tumbesaran organ-organ bayi dalam kandungan.

 

4. Gam arab

Gam arab juga antara makanan Sunnah yang menjadi pilihan ibu hamil kerana kandungan serat yang tinggi membantu melawaskan pencernaan seterusnya mengelakkan sembelit dan pedih hulu hati ketika hamil. Selain itu, jangan tak tau yang gam arab ini pun kaya dengan mineral, yang akan membekalkan nutrient secukupnya kepada kandungan.

 

5. Susu kambing

Apa yang hebat mengenai susu kambing ini adalah ia mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Ini sekaligus melindungi ibu-ibu daripada rapuh tulang dan gigi. Susu kambing juga cepat dicerna dan tidak akan mengakibatkan alahan pada ibu hamil.

 

 

Sememangnya kebaikan makanan Sunnah tidak dapat disangkal lagi. Dan Kak Jee percaya, makanan yang baik akan memberi kesan yang baik. Bukan sahaja pada kesihatan, malah ia juga akan membentuk hati kita. Oleh itu, pilihlah makanan yang baik demi kebaikan ibu dan juga kandungan.

 

Kak Jee nak beritahu, ibu-ibu yang sedang mencari makanan Sunnah ketika hamil boleh cuba WILDAN MAMA PREMIUM. Ia merupakan gabungan makanan Sunnah yang terbaik iaitu susu kambing, habbatussauda dan gam arab. Setiap bahan-bahan eksklusif akan memberi manfaat sepanjang kehamilan ibu. Paling best, WILDAN MAMA PREMIUM juga boleh diambil ketika ibu-ibu berpantang.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply