was successfully added to your cart.

Assalamualaikum para pembaca Kak Jee semua.

Hari ni Kak Jee nak tanya untuk ibu-ibu yang usia kandungannya baru sahaja lagi..Pernah tak tiba-tiba ada pendarahan?

Biasa yang kita dengar, pendarahan ketika hamil memberi tanda keguguran. Tetapi sebenarnya pendarahan ketika hamil agak kerap berlaku, terutamanya pada awal kehamilan (trimester pertama). Namun, pendarahan ketika baru hamil terjadi atas banyak faktor, bergantung kepada keadaan ibu mahupun keadaan janin semasa darah keluar.

Kalau para ibu semua nak tahu, antara punca pendarahan ketika baru hamil ialah:

  1. Pendarahan akibat implantation

Pendarahan ini lazimnya berlaku dalam 2 minggu selepas disahkan hamil. Setelah telur Berjaya disenyawakan, ia akan bergerak ke dinding rahim, dan menempel. Penempelan ini akan menghakis sedikit dinding rahim dan mengakibatkan pendarahan. Tetapi kebiasaannya pendarahan akibat proses penempelan ini hanya sedikit dan berlaku dalam masa 1-2 hari sahaja.

2. Pendarahan penebusan (Breakthrough Bleeding)

Sepatutnya haid tidak akan berlaku apabila kehamilan telah bermula. Namun, terdapat beberapa keadaan di mana hormone yang mengawal kitaran haid tidak cukup kuat, dan menyebabkan pendarahan yang berlaku pada hari sepatutnya haid berlaku.

3. Jangkitan

Pendarahan ketika baru hamil juga boleh berlaku akibat jangkitan pada servik dan vagina.

 

4. Kehamilan luar rahim (Ectopic pregnancy)

Ini berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada bahagian luar rahim ibu. Biasanya penempelan berlaku pada tiub fallopio dan akan menyebabkan kerosakan di kawasan tersebut.

Mungkin ada yang tanya, adakah bayi akan selamat?

Kemungkinan besar bayi dalam keadaan selamat, kerana kebiasaanya pendarahan ketika baru hamil adalah agak normal. Jika pendarahan yang disebabkan keguguran, lazimnya akan diselangi dengan kekejangan perut seperti senggugut.

Namun Kak Jee nak ingatkan, sekiranya berlaku pendarahan, JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK KE HOSPITAL. Pendarahan ketika baru hamil perlu diambil berat kerana trimester pertama merupakan tempoh yang kritikal ketika hamil. Kita takut kalau ada apa-apa yang berbahaya terjadi pada kandungan.

Ibu juga perlu pastikan bayi dan ibu sendiri mendapat nutrisi yang secukupnya sejak awal kehamilan lagi. Hal ini penting bagi menyokong tumbesaran kandungan dan mengelakkan daripada berlakunya komplikasi ketika mengandung.

 

Untuk memastikan nutrient yang secukupnya, Kak Jee nak perkenalkan WILDAN MAMA PREMIUM susu terbaik untuk ibu hamil. Berfungsi sebagai ENERGY BOOSTER khas untuk memberi tenaga tambahan seharian kepada ibu hamil. WILDAN MAMA PREMIUM merupakan susu kambing organic yang mengandungi bahan utama seperti kurma, habbatussauda dan gam arab.

 

Ciri-ciri susu kambing yang lebih cepat dihadam akan melancarkan system penghadaman, seterusnya memelihara ibu daripada mengalami sembelit dan angin ketika mengandung. Selain itu, ia juga lebih tinggi dengan kalsium jika dibandingkan dengan susu lembu.

 

Kurma, habbatussauda dan gam arab merupakan komponen yang mengandungi khasiat terbaik untuk ibu hamil. Kandungan mineral dan vitamin yang terkandung akan membantu meningkatkan system ketahanan badan ketika mengandung.

WILDAN MAMA PREMIUM susu khas untuk ibu hamil, didatangkan tanpa gula tambahan. Ia sangat sesuai untuk mengawal kadar bacaan gula dalam darah ketika mengandung.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply