Cara Paling Mudah Untuk Mulakan Perniagaan Online (Anda Boleh Cuba Sekarang!) Skip to main content

Pada masa kini, perniagaan online telah berkembang dengan pesat dan telah menjadi platform utama buat peniaga-peniaga di luar sana. 

Selain dari memudahkan proses jual-beli, perniagaan di atas talian ini juga membolehkan peniaga-peniaga mengembangkan perniagaan mereka ke setiap pelusuk dunia.

Ramai yang lebih memilih untuk membuat pembelian di atas talian kerana ia mudah, cepat dan efisyen, lebih-lebih pada waktu pandemik ini di mana pergerakan dibataskan.

Sekiranya anda merancang untuk berniaga di atas talian, pastikan anda ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui cara dan tips-tips untuk memulakan perniagaan online.

Tips Mulakan Perniagaan Online

perniagaan online

Walaupun memulakan perniagaan online kelihatan mudah, namun sekiranya tersalah langkah, ia boleh menyebabkan kerugian yang besar. 

Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa tips yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan di atas talian.

  • Mulakan dengan menjual produk orang lain

Jika anda tidak mempunyai produk sendiri, anda boleh mulakan dengan menjual produk orang lain terlebih dahulu.

Terdapat banyak syarikat-syarikat di luar sana yang menawarkan perkhidmatan dropship ataupun ejen bagi menjual produk mereka.

Dari sini, anda boleh mengetahui dan belajar selok-belok dan cara berniaga di atas talian. 

Namun, pastikan anda memilih produk yang berkualiti dan berkesan serta mempunyai branding yang kukuh agar pelanggan tidak lagi ragu-ragu untuk membeli.

  • Fikir Untung dan Mudah

Selain itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah keuntungan dan kemudahan.

Ramai yang fikir bahawa berniaga di atas talian ini mudah dan senang, namun sekiranya tidak mempunyai ilmu yang luas, boleh membuatkan ia tidak maju.

Oleh itu, sekiranya anda baru berjinak dengan dunia ini, cuba dahulu menjual dengan modal yang kecil.

Jika berjaya dan mendapat permintaan tinggi maka naik sedikit demi sedikit modal sehinggalah menjadi besar.

Perniagaan Online Anda Boleh Cuba Hari Ini! Ejen, Borong atau Dropship Wildan

perniagaan online

Sekiranya anda masih lagi tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan online, anda boleh menjadi ejen atau dropship terlebih dahulu.

Wildan menawarkan pakej dropship dan ejen bagi mereka yang ingin membuat pendapatan sampingan. Berikut merupakan pakej-pakej yang ditawarkan:

Pakej Dropship

  • Harga tetap tanpa mengira kuantiti
  • Keuntungan melalui jualan sehingga 13%
  • Penghantaran PERCUMA untuk belian berjumlah RM90 dan ke atas (SM*)
  • Tidak perlu menyimpan stok yang banyak
  • PERCUMA flyers dan non-woven bag dengan setiap** belian (selagi stok masih ada)
  • Modal permulaan bermula RM20.00
  • Belian diterima secara tunai, bank transfer atau kad kredit

Pakej Ejen

  • Harga tetap: serendah RM34/kotak
  • Keuntungan melalui jualan: sehingga 25%
  • Penghantaran PERCUMA: dengan jumlah belian RM500 dan ke atas (SM) atau 50 kotak dan ke atas (SS)
  • Perlu menyimpan stok untuk memastikan penggunaan dan/atau jualan yang berterusan
  • PERCUMA bunting, flyers, non-woven bag dan sampel untuk belian pertama (selagi stok masih ada)
  • Modal permulaan serendah RM576 RM390 sahaja!
  • Belian diterima secara tunai atau bank transfer sahaja
  • Sokongan jualan melalui WhatsApp group (pilihan)

Pakej mereka bukan sahaja bagus, malah produk mereka telah mendapat banyak permintaan. Oleh itu, anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjualnya.

Mengapa Dropship Pilihan Terbaik

perniagaan online

Jika anda masih berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online, maka lebih baik untuk anda mula dari dropship terlebih dahulu.

Berikut merupakan kenapa membuat dropship adalah pilihan terbaik buat anda:

  • Tidak memerlukan komitmen yang tinggi

Membuat dropship tidak memerlukan komitmen yang tinggi kerana anda hanya perlu mempromosi barang tersebut dan berhubung dengan pelanggan.

Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk membuat benda lain seperti marketing ataupun urusan-urusan berkaitan dengan kilang produk tersebut.

Dropship dapat menjimatkan masa dan tenaga. Bukan itu sahaja, anda boleh melakukan dropship ini walaupun anda mempunyai kerja lain.

  • Tiada risiko

Selain itu, risikonya juga sangat rendah apabila anda menjadi dropship disebabkan modalnya yang rendah.

Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mempromosikan produk tersebut disebabkan ianya telah dikenali ramai.

Dengan hanya membuka satu akaun media sosial, anda sudah boleh menjual produk tersebut.

  • Akan diajar dari awal sehingga akhir

Tambahan lagi, anda tidak perlu risau sekiranya ini merupakan perniagaan pertama anda. Dengan membuat dropship, anda akan diajar dari awal sehingga akhir.

Team leader anda akan membimbing dan membantu anda untuk mempromosikan produk tersebut.

  • Boleh memilih produk yang sesuai dengan anda

Seterusnya, dengan menjadi dropship, anda boleh memilih untuk menjual mana-mana produk di pasaran.

Dengan ini, anda tidak akan rasa terbeban untuk mempromosikan barangan tersebut kerana ianya produk yang anda minati.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai produk yang anda boleh pilih untuk dijual di atas talian. Pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan target market anda.

Sekiranya anda ingin membuat dropship dan masih lagi tercari-cari produk yang sesuai, kami sarankan untuk anda mencuba pakej dropship bersama Wildan.

Wildan merupakan syarikat pengeluar susu kambing jenama tempatan keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd. 

Susu kambing keluaran Wildan ini mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan anda.

Tambahan lagi, harga pasaran susu kambing Wildan juga sangat berpatutan iaitu 500g berharga RM45 di Semenanjung Malaysia dan RM50 di Sabah dan Sarawak.

Manakala, harga bagi pek 1kg berharga RM85 di Semenanjung dan RM95 di Malaysia Timur. 

Oleh itu, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk mempromosikan produk susu kambing Wildan kerana harganya yang berpatutan dan telah dikenali ramai.

Wildan Niaga Sdn Bhd telah menawarkan beberapa pakej ejen, borong dan dropship yang sangat berpatutan dan menarik.

Mengapa memilih untuk membuat duit sampingan bersama Wildan susu kambing?

  • Jenama susu kambing yang paling laris dan sedap di pasaran Malaysia
  • Pulangan modal yang tinggi
  • Pengeluaran modal yang rendah
  • Sangat mudah dijual dan mempunyai jangka hayat produk yang lama
  • Iklan yang berterusan di media massa dan media cetak.
  • Mem punyai slot-slot rancangan berbayar menerusi radio IKIM.fm, TV-AlHijrah, TV3 dan TV9.
  • Insentif bulanan yang menarik

Tunggu apa lagi, jana pendapatan sampingan bersama Wildan sekarang!

Klik sini untuk maklumat lanjut!

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply