was successfully added to your cart.

Assalamualaikum semua. Kak Jee kira-kira tadi, lebih kurang sebulan sahaja lagi nak masuk ke bulan Ramadhan. Ibu-ibu semua sudah habis ganti puasa? Kak Jee respect sangat pada ibu-ibu yang tabah ganti puasa hampir sebulan sebab berpantang dan menyusukan ketika puasa.

Kak Jee pasti mesti ada ibu hamil yang tertanya-tanya, bagaimana pula jika berpuasa ketika hamil? Adakah kelonggarannya sama seperti orang yang sedang berpantang dan menyusukan?

Sebenarnya, untuk pengetahuan para pembaca semua, tiada jawapan tepat bagi menjawab persoalan ini. Hal ini demikian kerana ia bergantung pada

  1. Peringkat kehamilan ibu
  2. Tahap kesihatan ibu
  3. Keadaan bayi dalam kandungan

Jadi, ibu-ibu lebih faham akan keadaan tubuh ibu sendiri. Kak Jee ingin berkongsi tanda-tanda bahaya yang ibu perlu ambil tahu. Jika ada mengalami salah satu tanda bahaya ini, ibu perlu berbuka dan tidak meneruskan puasa, bimbang akan membahayakan ibu dan kandungan.

  1. Morning sickness yang teruk

Morning sickness pada awal kehamilan adalah normal. Namun, terdapat juga golongan ibu hamil yang mengalami morning sickness yang sangat. Untuk kes seperti ini, ibu hamil disarankan untuk berbuka sahaja. Ini akan menyebabkan ibu berasa terlalu letih akibat kehilangan tenaga daripada makanan yang dimuntahkan semula.

 2. Simptom demam, sejuk, mengigil dan berpeluh

Jika secara tiba-tiba berasa seperti hendak demam, rasa sejuk, mengigil dan berpeluh, kita khuatir ibu sedang mengalami symptom hypoglycemia atau kandungan gula dalam darah yang rendah. Jangan teragak-agak untuk berbuka, kita tidak mahu sampai ibu pengsan.

3. Perlu ambil ubat atas nasihat doktor

Terdapat sesetengah kes di mana ibu hamil perlu ambil ubat atas nasihat doktor. Sekiranya janin akan mendapat kemudaratan jika ubat tersebut tidak diambil, lebih baik untuk ibu teruskan pengambilan ubat tersebut. Namun ibu boleh cuba untuk dapatkan nasihat daripada doktor perubatan berkenaan ini.

4. Pergerakan bayi berkurang

Untuk ibu hamil yang kandungan berusia 28 minggu ke atas, jika pergerakan bayi berkurang secara tiba-tiba ketika berpuasa, ibu mestilah terus pegi ke hospital serta merta. Doktor akan melakukan pemeriksaan janin melalui ultrasaound.

 

5. Tarikh due date yang semakin hampir

Kandungan yang sudah cukup bulan berpotensi untuk menyebabkan ibu hypoglycemia. Selain itu, melahirkan anak sememangnya memerlukan kerahan tenaga yang banyak. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk tidak berpuasa bagi mempersiapkan diri sewaktu melahirkan anak nanti.

Jadi, Kak Jee nak sarankan ibu-ibu untuk ambil WILDAN MAMA PREMIUM ketika berpuasa. WILDAN MAMA PREMIUM terkandung khasiat kurma, khas untuk ibu hamil yang ingin cergas bertenaga ketika berpuasa. Ia juga sesuai untuk menstabilkan gula dalam darah kerana WILDAN MAMA PREMIUM didatangkan tanpa gula tambahan

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply