was successfully added to your cart.

Assalamualaikum para pembaca kak Jee hari ini. Semalam Kak Jee ada pergi bersenam di Taman Tasik Titiwangsa. Kak Jee perasan, ramai juga ibu-ibu hamil yang turut bersenam walaupun dengan perut memboyot.

 

Senaman ketika hamil sememangnya sangat disarankan terutamanya bagi memudahkan bersalin, tetapi perlu juga berhati-hati kerana bimbang akan menjejaskan keselamatan kandungan. Jadi, apa jenis senaman yang sesuai untuk ibu hamil sebenarnya?

  1. Berjalan

Ibu-ibu boleh sasarkan untuk berjalan paling kurang selama 30 minit sehari, 5 kali seminggu. Kalau ibu tak sempat nak luangkan masa berjalan di taman rekreasi, boleh curi-curi masa berjalan ketika bekerja. Contohnya, berjalan ke tempat makan berbanding memandu, menaiki tangga dan banyakkan berjalan ketika di dalam pejabat.

2. Berenang

Kebanyakan kawan-kawan Kak Jee, mereka sangat suka berenang ketika hamil, kerana perut terasa ringan ketika bergerak, tambah-tambah perut yang agak besar. Kak Jee nak cadangkan ibu-ibu untuk join kelas aquanatal atau kelas aqua aerobic untuk lagi rasa keseronokan bersenam dalam air.

3. Yoga

Yoga banyak memperbaiki tahap fleksibel dan postur ibu-ibu. Bagi yang baru ingin berjinak-jinak dengan senaman yoga, mungkin rasa sukar untuk melenturkan badan pada mulanya. Jadi jangan paksa diri pula. Yang terbaik bagi Kak Jee, ibu-ibu boleh berguru dengan guru yoga di Youtube. Guru yoga akan memberi tunjuk ajar cara yang terbaik untuk melakukan regangan.

 

4. Kerja rumah

Walaupun ada yang cakap ibu hamil ini perlu duduk diam sahaja berehat di rumah, tapi bagi Kak Jee kalau dah sampai ke trimester ke tiga, ibu-ibu lagi digalakkan banyak bergerak bagi memudahkan proses bersalin nanti. Walaubagaimanapun, ibu-ibu hanya digalakkan melakukan kerja-kerja rumah yang tidak berat seperti melipat kain dan menyapu.

 

Namun begitu, ibu-ibu perlu ingat, kalau tiba-tiba rasa nak pitam, pening kepala ketika bersenam, berhenti bersenam serta merta. Ibu-ibu juga tidak digalakkan melalukan senaman yang memerlukan ibu tukar arah secara tiba-tiba, contohya seperti menari. Kak Jee juga nak pesan, lakukan warm up dahulu sebelum  mulakan senaman bagi mengelakkan kekejangan.

 

Jangan lupa untuk minum WILDAN MAMA PREMIUM ketika hamil. Susu kambing organik dengan bahan eksklusif iaitu habbatussauda, Arabic gum dan kurma. Keistimewaan ketiga-tiga bahan ini adalah ia menjadikan ibu hamil lebih bertenaga. Ibu-ibu hamil ada sembelit? WILDAN MAMA PREMIUM penyelesaiannya, dengan khasiat makanan tinggi serat iaitu gam arab dan kurma.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply