was successfully added to your cart.

Assalamualaikum semua. Pada artikel yang lepas, kak Jee ada share tentang isu ibu hamil ketika berpuasa. Jadi untuk artikel kali ini, Kak Jee nak kupas pula mengenai ibu yang menyusukan ketika bulan puasa.

 

Ini kerana sama seperti ibu hamil, ibu yang menyusukan pun risau jika susu badan mereka kering. Dan ada juga yang dilema bila memikirkan susu badan akan menjadi kurang pekat bila berpuasa.

 

Jadi Kak Jee akan ceritakan fakta-fakta yang mungkin ada ibu-ibu yang belum tahu.

  1. Ada kajian yang mengatakan berpuasa tidak akan memberi mudarat kepada ibu yang menyusukan selagi ibu-ibu mengambil makanan yang seimbang dan sihat ketika berpuasa.

Oleh itu, Kak Jee nak pesan pada ibu-ibu menyusu, jagalah pemakanan anda, bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri, tetapi untuk bayi juga. Apa yang ibu makan, anak-anak akan dapat daripada susu ibu sendiri.

2. Terdapat juga kajian yang mendapati sekiranya ibu mengalami dehidrasi yang teruk, ini boleh mengakibatkan susu ibu merudum.

Biasanya ini terjadi bila ibu tidak top up semula keperluan air dalam badan. Kalau nak mudah, masa solat tarawih, Kak Jee cadangkan ibu-ibu standby bawa sebotol besar air putih. Boleh habiskan air sedikit demi sedikit ketika jarak antara solat.

3. Di Amerika Syarikat, mereka berpendapat tubuh ibu akan melakukan penyesuaian bagi memastikan pengeluaran susu masih mampu diteruskan walalupun ibu berpuasa.

Sebenarnya sistem badan kita mampu untuk melakukan penyesuaian terhadap sebarang perubahan pada tubuh. Ibu cuma perlu pastikan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat supaya badan boleh melakukan penyesuaian dengan baik.

 

4. Ibu-ibu yang menyusukan perlu fokus pada makanan yang berkhasiat dan elakkan daripada makan makanan yang tiada zat seperti teh dan kopi.

Dalam waktu yang singkat selepas berbuka sehingga sebelum waktu sahur tamat, Kak Jee nak sarankan ibu-ibu makan buah-buahan sedikit tetapi kerap bagi membekalkan nutrient pada tubuh ibu.

 

5. Ibu-ibu menyusu boleh juga makan ­milk booster seperti kurma, halba dan air longan.

Ini bagi menggalakkan lagi pengeluaran susu ibu. Ibu-ibu juga perlu mengenal pasti makanan yang boleh mengakibatkan susu badan kering.

Seperkara lagi, jangan sesekali ibu-ibu skip atau terlupa rutin mengepam setiap hari. Teruskan jadual mengepam seperti biasa bagi menggalakkan lagi susu untuk keluar.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan untuk ibu-ibu sentiasa pantau penghasilan susu ketika berpuasa. Jika susu yang dihasilkan sangat kurang berbanding dengan apa yang biasa ibu minum, ibu dibolehkan untuk berbuka puasa bagi meningkatkan semula penghasilan susu.

 

Nak lagi tambah susu badan? Jangan lupa untuk cuba WILDAN MAMA PREMIUM eksklusif dengan TRIPLE BOOSTER daripada bahan-bahan terbaik iaitu kurma, habbatussauda dan susu kambing. Juga baik untuk membekalkan nutrient kepada ibu dan bayi yang dikandung.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply