was successfully added to your cart.

Assalamualaikum semua! Lamaa sangat dah Kak Jee tak menulis ni. Maklumlah, cuti raya kan lama.

 

Ehem..musim-musim raya ni..macam mana pemakanan anda semua? Hati-hati tau, sebab biasanya ramai juga yang terpaksa dimasukkan ke wad selepas musim raya kerana masalah kesihatan. Antaranya masalah jantung dan bacaan gula yang tidak terkawal.

Tambahan pula, sambutan Hari Raya di Malaysia ini dah sinonim dengan masakan bergoreng, berminyak dan bersantan. Jadi tidak peliklah jika paras kolesterol semakin mencanak naik musim Syawal ni.

 

Kak Jee nak ingatkan ya, jangan ambil mudah penyakit kolesterol ini. Jangan rasa anda masih muda, anda tidak akan menghidap penyakit tinggi kolesterol ini. Antara komplikasi akibat penyakit tinggi kolesterol ini adalah

  1. Serangan jantung
  2. Strok
  3. Saluran darah tersumbat

Takut kan bila baca? Jadi paras kolesterol yang tinggi dalam darah tak boleh dipandang enteng ye.

 

Jadi persoalannya sekarang adalah..macam mana nak menjaga paras kolesterol ketika musim raya ni? Takkan tak makan langsung juadah raya?

 

  1. Kenalpasti makanan yang masuk dalam kategori tinggi lemak

Contohnya rendang, kuah lodeh/lontong, lemang dan dodol. Bila dah tahu, senang sikit kita nak elakkan daripada makan terlalu banyak makanan seperti ini.

 

2. Bawa air kosong sendiri ketika beraya

Pentingnya air kosong ini dapat elakkan daripada terlalu kerap minum air manis. Pengambilan air manis yang tinggi boleh tinggikan paras kolesterol dalam badan tau!

 

3. Gunakan pinggan yang kecil

Ini boleh dipraktikkan ketika menghadiri rumah terbuka. Elakkan daripada ambil pinggan atau mangkuk kerana kita akan terdorong untuk ambil kuantiti makanan yang banyak.

 

4. Elakkan ‘kuah banjir’

Biasanya memang kita tak dapat elak daripada juadah bersantan ketika Hari Raya. Jadi, ambillah kuah secara besederhana. Cukup sekadar dua tiga sudu.

 

5. Puasa enam

Ini dapat mengawal kembali selera kita seperti bulan puasa sebelumnya. Lagi best, kita pun akan dapat pahala seumpama pahala selama setahun insyaAllah.

Kak Jee rasa mudah je untuk amalkan tips ini kan? Tetapi bukanlah bermakna kita tidak boleh langsung nikmati kelazatan juadah Hari Raya. Cuma haruslah berjaga-jaga ketika makan.

 

Wildan Organic Goat Milk Powder Formula Malaysia (Original) | Wildan LabNak lagi mudah, boleh minum WILDAN SUSU KAMBING sebelum pergi keluar beraya. Ini pun boleh kawal selera supaya kita tidak terlalu banyak makan kerana lapar. Lagi menarik, WILDAN SUSU KAMBING ni boleh ganti santan dalam masakan tau. Kak Jee pernah cuba, dan hasilnya memang best. Rasanya tiada beza sangat jika dibandingkan dengan santan original.

wildan hq

About wildan hq

Leave a Reply